Sunday, March 20, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan...Bonne Courage les gars..



Salam et Bonjour...

Hhohohoho...exam dah datng hehehe kami kat IUT pon bergelumang dengan exam yg datang..so
dgr2 korang akan exam esok..ye dak...walau pon agak terlambat sikit untuk berkongsi tips..tp hopefully ianya membantu korang...ok aku nak bagi tips skit kat korang yg nak amik exam esok...semoga kita berjaya bersama-sama Insyaallah..

haaa kat sini ade sikit tips yg aku nak kongsi semoga ley la bantu sikit ye dak...

Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan :


Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pe
mbaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
Luangkan 10% dari k
eseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
  • soalan paling sukar,
  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
  • mempunyai markah sedikit .
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk me
meriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Terjemahan dari: Landsberger, Joe. Ten Tips of Test Taking



haaaa tu tips skit dan yg penting kita usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT...sebab dia la yg bagi semua tu wallahualam...

Dan lagik satu..biler korang nak exam mesti cuak kan..so untuk elakkan cuak-cuak korang tu kat sini ader sikit tips hehehe meh kiter kongsi skettt:

DI antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghilangkan perasaan bimbang dan takut di dalam menghadapi peperiksaan ialah :
1. Sembahyang lima waktu sehari semalam.

2. Membaca Surah al-Fatihah setiap hari.

3. Banyakkan bersalawat ke atas Nabi.

4. Banyakkan berdoa.

haaaa tu diaaaa hehehe ok2 tu jer yg mampu aku

kongsi kat korang ngan diri aku sendiri...

so bonne courage pour les examens....





Saturday, March 5, 2011

Sukan&Rekreasi di Toulon

Assalamualaikum W.B.T dan Bonjour tout le monde. (^_^)

Untuk melahirkan individu yang cemerlang rohani dan fizikalnya,badan kita mesti kene sihat kan? So,begitu juga dgn para pelajar di Toulon ni yang tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk bersukan. Selain dripada bersukan untuk menyihatkan badan,sukan ni juga penting untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar2 Toulon junior dan senior. Jom kite tengok sukan ape yg budak2 Toulon ni suka main ek.....

1)BOLA SEPAK/FUTSAL

Ni sukan yang paling famous sekali di kalangan warga Toulon yg majoritinya lelaki2 hensem semuanyer. Boleh kata setiap weekend mesti kitorang main futsal kat tempat yg berbayar yg tak berapa jauh dari cité kitorang. Xde la mahal sangat. Kalau main 12 org untuk 2 jam kos lebih kurang dlm 10 euro je. Padang die pon terbaik gak...hehe. Actually kitorg selalu main futsal ni bler cuaca dah start sejuk(disember smpai skrg). Before tu kitorg selalu main kat padang bola yg berpasir je sbb free. Tapi cuaca yg smakin sejuk x mengizinkan and klau main futsal leh main waktu malam.






Ok,yang ni lak gambar mase friendly dgn bdk2 aix.Yang berdiri tu bdk2 aix. Kami yang sentiasa tawadhu dan merendah diri ni yang duduk tu. Kitorang dah dua kali wat friendly match sebenarnya. Sekali diorang menang,sekali kami menang. Kirenya dua2 team hebat la ni....Hehe.




2)LASER QUEST

Second game ni menarik untuk sesiapa yang suka main tembak2...tapi bukan tembak gune peluru betul2 k. Tembak gune laser je. Permainan ni best jugak la sbb ia ala2 counter strike gitu. Hehe. Harga x mahal sgt,untuk 2 sesi lebih kurang 10 euro. Game ni mmg penat gler..lagi penat dri main futsal. Game ni jugak antara salah satu daya penarik budak2 dari Aix n Toulouse utk berkunjung ke Toulon. Hehe...kpd bakal Toulonais,nnti kite main sampai lebam k. hehe.



3) BASKET BALL

Third game ni lak x sume bdk toulon tau main. Ada certain je yang main. Tapi yang main ni sume hebat2 belaka.Bukan nak puji tapi diorg memang hebat.hehe? klau x percya datang la Toulon tgk diorg main. ^^






4)MUSCULATION

Senang citer sukan ni untuk orang yg nk jadi tough la. Ramai bdk2 toulon join sukan ni sbb gymnasium kat dalam universiti je dan satu lagi bler join sukan ni diorang boleh dapat markah yg boleh diorg gune utk dimasukkan ke dalam pointer untuk result kat IUT. Maksimum leh dpt dlm 0.5...Byk jugak la tu kan? Sebenarnya kebanyakan yg join musculation ni sbb nk dpt markah tu je... hehe.




5)BOLING & SNOOKER

Game ni pulak utk mereka yg x suka penat sangat. Tempat boling ni dekat je dgn tempat laser Quest...sebelah je. So,kalau x puas main laser quest leh terus sambung main boling dagn snooker lak.








6) MENEMBAK

Game ni x ramai yang join sebab......ntah la. Hehe,mungkin sebab kene bayar lebih kot. Klau nk main gamze ni kene register dgn universiti dulu. Kos dlm 40 euro klau x silap utk setahun. Sapa yg handal n suka menembak tu leh r join sukan ni.




7) JOGGING

Ada advantage duduk kat toulon sbb kat sini dekat dgn pantai. So,sapa yg suka jogging tu leh r g berlari-lari anak kat tepi pantai sambil menikmati udara segar. tetapi awas! Jaga penglihatan anda!





8) GO KART

Kalau nk main go kart kene amik bas dlm 30 minit sampai la...harga pon biasa2 je..x mahal sgt pun..Game ni sesuai utk mereka yang berjiwa kelajuan!



9) ICE SKATING

Yg ni pon best gak.Harge x mahal sgt. skali main dlm 8 euro je utk sehari. N x jauh sangat dari cité U.





10) LAIN LAIN

Sebenarnya ada banyak lgi sukan lain macam tenis,pentanque,ragbi,skateboard,polis sentri dan bermacam-macam lagi r. Tapi yang 9 sukan kat atas ni leh kata sukan teras budak2 toulon r kot. hehe.

Ok,dah setel kot nak citer pasal sukan kat toulon ni...Kite bertemu lagi di post yg lain.Klau ada sebarang pertanyaan tanye je senior2 toulon kat fb ke atau email. Kami sedie melayan kerenah anda.

MAJULAH SUKAN UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA!

Asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Thursday, March 3, 2011

Interview...yesss pg interview..


Salam et Bonjour..

Ape kabor sumer...sori lame x updated blog ni..lebey kurang 2 ke 3 minggu rasenyer la kan hehehe tapi dalam ruangan MUHASABAH aku ader updated skit..okay berbalik kepada interview, sesuai ngan tajuk besar kiter..aku dengar korang akan di interview untuk kemasukan di IUT bulan April ni right..so kepada yg mengpost mintak info dr aku kat sini aku akan bg tau skit la hehehe dan thanks kepada yg mintak tu..sebab aku pon bukan bnyak idea nak menulis ni ye dak... hahaha so korang jgn segan-segan silu nak mintak information kat aku ek..skype or YM boley jer..

Ok kat sini aku nak bg tau skit pasal korang nyer interview berdasarkan aku nyer pengalaman dulu, bende pertama yg korang nak tau mesti la soklan cepu emas yer tak..soklan aper yg kuar? ape yg juri tanyer dan sbgnyer la kan..

1. First skali lepas korang duduk jer dia akan tanya pasal diri korang, so korang explain la pasal diri korang, nama, umur, dah kawin ke belum, duduk maner, lahir kat maner dan mcm2 lagik la korang bebelkan yerkk hehehe

2. Lepas tu diorang akan ditanyer plak tempat maner yg korang nak pilih Aix atau Toulon?..yg nice ngan Toulouse x ley wat per la ek x der pilihan lain dah hehehe

3. Soklan yg ke-3 ni biase related ngan no. 2 , sebab aper pilih tempat Aix or Toulon...So kat sini korang bahaskanlah ape
yg patut yg istimewa korang ngan tempat yg nak dipilih...korang ceritalah yg korang minat gilerr tempat tu ker...minat cara belajar ker...suasana dia ker...dan mcm2 lagik la korang merapu kat penemuduga tu nanti tehehehe

4. Lepas tu plak penemuduga akan bagi korang satu karangan, agak panjang skit la...time2 korang tgh bace tu dia akan rampas kertas n dia suruh explain ape yg korg paham dr karangan tu..so korang terangkanlah ape yg korang tau hehehe

5. Soklan tambahan yg biase aku pernah kene la...hehe diorang akan tanya..kenapa nak blaja kat France..lepas blaja nak w
at ape?..n perancangan anda dalam 5 tahun akan datang?..so korang prepare2 la diri korang..ape yg korang rancangkan ye dak hehehe

Itula soklan formal yg penemuduga akan tanyer..lagik satu korang be prepared untuk dessin/drawing...nanti korang dikehendaki melukis drawing x silap aku..biase pandangan kiri kanan atas bawah jer kire sudut pandangan ketiga hehe

Soklan2 kat atas ni kadang2 penemuduga x susun tau dia tanyer..kadang2 ikut dan dia jer nak tanyer hehehe




Kat sini aku bg skit tips2 la untuk korang nak menghadapi interview:

Baju: biase la mesti baju formal ye tak..
Penampilan/perhiasan diri:bagi pompuan x yah nak makeup tebal2..better biase2 jer or normal..dan minyak wangi jgn pakai banyak2 takut mengganggu penemuduga hehehe jgn nak pakai perhiasan berlebihan plak mcm gelang ker hape ke banyak2 nanti mengganggu plak hehehe
Persiapan:korang prepare la..jgn gugup plak..better tido awal untuk hadapi hari esok hehe
Mase ditemuduga:jawab ngan yakin dan jelas..jgn cakap gelojoh atau laju..cakap rilek2 sudah kan2...jangan makan gula2 atau chewing gum mase ditemuduga yerrr hahaha

Itu la sikit info dari aku..kalo ader silap ker..soklan x sama ditanya ker sori la yer...maner tau soklan dah ditukar ker hehehe

Bonne Courage a Tous et Bien Venue a Toulon hehehe

WORLD LEAGUES