Monday, May 30, 2011

Bien Venue en France

Salam et bonjour..
Sori lame x updated ini blog...busy skeettt maklumla...kerja bnyak x putus-putus hehehe dah nak abis semester kan...skang baru free sikit nak updated...free sikit jerk..hehehe

Buat sumer junior-junior Toulon selamat datang ke Toulon dan memulakan fasa baru sebagai student kat sini hehehe dengar2 citer anda adalah batch terakhir disini..maybe tahun depan x der student yg dihantar ke sini ye dak..huhuhu

Tapi kiter student Malaysia mesti kuat hehehe kuat dari segi fizikal dan mental...rohani dan fizikal hurmmm betul ke x tu hehehe x kisah la...so junior-junior yang baru sampai tu jangan segan-segan nak tanyer ape2 kat senior hehehe korang nampaknyer banyak berjalan dari kami dulu ye dak...

Ni ader skeet video korang sampai ke sini aritu..jambu-jambu jer nengok hahaha








Saturday, April 2, 2011

!Apa yang patut dan x patut korg bawa ke sini?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. First of all,tahniah kepada semua warga2 Pre France 8 yg berjaya menamatkan program pre france dgn jayanya. Alhamdulillah.
Sbgai senior kat sini,kami bertanggungjawab nk share benda2 yang korg patut and tak patut bawa ke sini. Mesti korg ada lagi yg tgh blur2 tu sbb rase macam nak bawa semua benda letak dlm bagasi "kecil" korang tu kan??? Hehe...so,jgn gelabah2 ok,ni kami nak share sikit. (^_^)

PAKAIAN

-Prepare la dlm 1 atau 2 baju sejuk...x yah tebal2 sgt macam orang eskimo.
-Baju,seluar,kain pelekat etc(tak payah bawa byk sgt pon sbb mase summer nanti ada summer sale...mase tu baju2 mmg murah. So tak perlu bawa byk sangat.) Jgn lupa bawa baju raya! Ingat,korang raya kat sini tahun ni...hehe.
-Stokin(yang ni prepare la lebih sikit sbb mase korang datang nnti maybe still sejuk sikit2...kadang2 sampai tidur pon korg pakai stokin)
-kasut,selipar(untuk kasut bola n kasut sukan tu aku rase kat sini pon korg boleh beli...tak mahal pun)


PERALATAN

-Universal adaptor(yang ni penting sebab kat sini diorg gune sistem dua lubang je)
-Extension(recommanded utk sapa yang ada banyak sgt brg eletrik nk bawa dri malaysia)
-Alat Tulis(better korang borong byk2 alat tulis kat mlaysia sbb kat sini mahal sikit)
-Henset(bawa je henset mlaysia korg dgn prepaid yg bertopup at least RM 50...henset ni gune utk sementara waktu je(call family btaw korg dh smpai kat airport Paris)sbb nnti mesti korg teringin nk pakai henset2 canggih yg lain.
-Laptop(benda ni of course la korg kene bawa...untuk online dgn family,kawan2,cari bahan rujukan,baca blog ni)
-Kompas(Ni sgt penting utk muslim sbb mase first2 smpai umah famili angkat,korg mesti kene taw kiblat arah mana utk solat...for sure diorg x taw...so,don't forget!Utk waktu solat,insyaallah akan ada senior yg btaw korg nnti)
-Al Qur'an(Utk yg muslim...jgn lupa bawa ok...kalau boleh yang ada translation..baru feeling sikit nak baca)
-Pendrive,hard disk
-Kamera,videocam(kalau xde kat france pon leh beli...x mahal sgt pon kat sini)



*Untuk barang2 eletrik macam periuk nasi,water heater,pengering rambut etc tak perlu pon bawa dri malaysia(kat sini pon ade jual)
*jgn lupa bawa charger laptop,henset,mp3,mp4,ipod etc

DOKUMEN

-passport,IC(penting ni)
-Lesen memandu( Bawa je sbb kat sini diorg iktiraf lesen kite...so boleh gune lesen ni utk bawa kereta atau motor)
-Sijil,surat beranak translate,and sume dokumen berkaitan pengenalan diri(kalau boleh wat copy utk sume dokumen n jgn lupa bwa yg ori skali)
-Gambar visa background putih without specs and rambut tak tutup muka and telinga(saiz 3.5x4.5....bawa la byk2 sikit sbb nak gune byk nnti utk titre de sejour dan sebagainya)
-nota2 lecturer mfi(ni aku rse x yah bawa pon xpe. Kalau nk bawa jugak bawa nota fabien je kot...yg lain tu cam x perlu sgt...berdasarkan experience kitorg la)


MAKANAN

Untuk makanan lak,beruntung korang yang dapat g Toulon ni sbb almost sumer bnda ada kat sini. Makanan halal pon senang nak jumpe. So kalau nak bawa apa2 mkanan dri malaysia bawa la benda2 macam:

-perencah nasi goreng,ayam kurma,belacan etc(ni korg bawa la byk2 dri mlaysia ek)
-serunding(yg ni korg kne bawa sbb dulu mase raya aq try buat rendang tanpa serunding last2 jadi ayam masak lemak... (=_=)
-Kari(kari kat sini x sedap)

Aq rse tu je kot...Hehe...sebab almost benda2 yg susah nak dpt kat tmpat lain cam kat Aix atau Toulouse ada kat sini.Ikan bilis,ikan keli,sos cili,kicap,tomyam,ajinomoto,milo,tepung ayam KFC etc. Durian pon ade kat sini. So sapa yg suka makan tempoyak x payah la bimbang k...hehe. Rempah ratus,daun sup,bunga jintan,dan segala sayur mayur dan buah-buahan ada di sini.

En conclusion,korang tak payah risau pasal makanan.

*Apa yg pling penting,sapa yg x taw masak lgi tu baik korg g belajar cepat2...kalau x makan kebab je la korg nnti..hehe
*Pinggan,sudu,garpu etc x yah bawa pun xpe(sbb fmili angkat korg nnti mesti ada sume bnda2 tu)


INFO TAMBAHAN



*Jangan lupa topup at least RM 50 before smpai france
*Siapa yg ada alahan,alergik atau apa2 masalah kesihatan...jgn lupa bawa ubat korg
*Recommanded utk bawa krim pelembab sbb kat sini humidity rendah...so utk mengelakkan kulit cepat kering (bawak la cream johnson n baby hehehe).
*Buat la akaun skype sbb dri skype korg leh call family via henset diorg..murah sikit
*Last but not least,bawa la sikit2 souvenir utk famili angkat korg...hehe..Baru diorg sayang sikit korg nnti... =)

Ader lg satu nak tambah skit info hehehe
*bantal, selimut, cadar n segala mcm yg berkaitan ngan tmpat tido x yah bawak, kat umah mak angkat mmg dah sedia dah sumer tu.
N biler korang masuk cite universite nanti korg boley jer beli kat IKEA dekat jer ngan universite so x yah risau ok..
*lagi satu...barang2 berbentuk cecair (minyak wangi/minyak rambut/gel/ubat gigi etc) korang letak dlm luggage besar n letak dlm beg plastik la senang..termasukla peralatan tulis korg. Jgn bawak kat hand luggage ok
*barang2 elektronik (laptop/GPS/tepon etc) better korg letak kat hand luggage(yg korang pegang) sebab selamat sikit...

OK. Mungkin ni je kot yang aku boleh tolong. kalau ada apa2 pertanyaan tanya la siapa2 senior yang korang kenal k.. Atau korang leh tanye kat sini je. Jangan malu2. Malu bertanya beg berat. Hehe...

ElectroErosion

Assalamualaikum wbt

et Bonjour


Ha, setelah lama x ketemu, akhirnya ad gak
point nk diceritakan tentang aktiviti IUT Toulon ni..
[Menarik ni bagi budak2 Toulon]

Setelah memasuki semsetre ke-2, akan ad satu subjek yg menarik
"Robotique et electro-érosion"
Lecture ktorg nmnyer Mr. Cizeron, seorg yg agak berumur, n bile dye bagi penerangan susah nk paam. So kalo la dapat lecture ni gak, bnyk2 la bertanya yep.. :)
Mule2 kena la blajar chapter robot dulu.. Blajar pasal repere nyer, rotation n translation repere nyer, blaja matrice nyer n mcm2 l
agi la.. Pastu baru blaja cmne nk bt prgrmnyer..

Pastu, masuk la chapter yg agak2 menarik la kot, iaitu electro-érosion..
(bhs sng nyer, potong piece brute ngn fil n elektrik)
ms ni, blajar pasal definition dyer (tengok slide show aka ubat tidur.. :)
Pastu baru blajar cmne nk buat pgrm dyer, n las
t skali, baru la kn buat piece masing2..



Sunday, March 20, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan...Bonne Courage les gars..



Salam et Bonjour...

Hhohohoho...exam dah datng hehehe kami kat IUT pon bergelumang dengan exam yg datang..so
dgr2 korang akan exam esok..ye dak...walau pon agak terlambat sikit untuk berkongsi tips..tp hopefully ianya membantu korang...ok aku nak bagi tips skit kat korang yg nak amik exam esok...semoga kita berjaya bersama-sama Insyaallah..

haaa kat sini ade sikit tips yg aku nak kongsi semoga ley la bantu sikit ye dak...

Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan :


Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pe
mbaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
Luangkan 10% dari k
eseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
  • soalan paling sukar,
  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
  • mempunyai markah sedikit .
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk me
meriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Terjemahan dari: Landsberger, Joe. Ten Tips of Test Taking



haaaa tu tips skit dan yg penting kita usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT...sebab dia la yg bagi semua tu wallahualam...

Dan lagik satu..biler korang nak exam mesti cuak kan..so untuk elakkan cuak-cuak korang tu kat sini ader sikit tips hehehe meh kiter kongsi skettt:

DI antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghilangkan perasaan bimbang dan takut di dalam menghadapi peperiksaan ialah :
1. Sembahyang lima waktu sehari semalam.

2. Membaca Surah al-Fatihah setiap hari.

3. Banyakkan bersalawat ke atas Nabi.

4. Banyakkan berdoa.

haaaa tu diaaaa hehehe ok2 tu jer yg mampu aku

kongsi kat korang ngan diri aku sendiri...

so bonne courage pour les examens....





Saturday, March 5, 2011

Sukan&Rekreasi di Toulon

Assalamualaikum W.B.T dan Bonjour tout le monde. (^_^)

Untuk melahirkan individu yang cemerlang rohani dan fizikalnya,badan kita mesti kene sihat kan? So,begitu juga dgn para pelajar di Toulon ni yang tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk bersukan. Selain dripada bersukan untuk menyihatkan badan,sukan ni juga penting untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar2 Toulon junior dan senior. Jom kite tengok sukan ape yg budak2 Toulon ni suka main ek.....

1)BOLA SEPAK/FUTSAL

Ni sukan yang paling famous sekali di kalangan warga Toulon yg majoritinya lelaki2 hensem semuanyer. Boleh kata setiap weekend mesti kitorang main futsal kat tempat yg berbayar yg tak berapa jauh dari cité kitorang. Xde la mahal sangat. Kalau main 12 org untuk 2 jam kos lebih kurang dlm 10 euro je. Padang die pon terbaik gak...hehe. Actually kitorg selalu main futsal ni bler cuaca dah start sejuk(disember smpai skrg). Before tu kitorg selalu main kat padang bola yg berpasir je sbb free. Tapi cuaca yg smakin sejuk x mengizinkan and klau main futsal leh main waktu malam.






Ok,yang ni lak gambar mase friendly dgn bdk2 aix.Yang berdiri tu bdk2 aix. Kami yang sentiasa tawadhu dan merendah diri ni yang duduk tu. Kitorang dah dua kali wat friendly match sebenarnya. Sekali diorang menang,sekali kami menang. Kirenya dua2 team hebat la ni....Hehe.




2)LASER QUEST

Second game ni menarik untuk sesiapa yang suka main tembak2...tapi bukan tembak gune peluru betul2 k. Tembak gune laser je. Permainan ni best jugak la sbb ia ala2 counter strike gitu. Hehe. Harga x mahal sgt,untuk 2 sesi lebih kurang 10 euro. Game ni mmg penat gler..lagi penat dri main futsal. Game ni jugak antara salah satu daya penarik budak2 dari Aix n Toulouse utk berkunjung ke Toulon. Hehe...kpd bakal Toulonais,nnti kite main sampai lebam k. hehe.



3) BASKET BALL

Third game ni lak x sume bdk toulon tau main. Ada certain je yang main. Tapi yang main ni sume hebat2 belaka.Bukan nak puji tapi diorg memang hebat.hehe? klau x percya datang la Toulon tgk diorg main. ^^






4)MUSCULATION

Senang citer sukan ni untuk orang yg nk jadi tough la. Ramai bdk2 toulon join sukan ni sbb gymnasium kat dalam universiti je dan satu lagi bler join sukan ni diorang boleh dapat markah yg boleh diorg gune utk dimasukkan ke dalam pointer untuk result kat IUT. Maksimum leh dpt dlm 0.5...Byk jugak la tu kan? Sebenarnya kebanyakan yg join musculation ni sbb nk dpt markah tu je... hehe.




5)BOLING & SNOOKER

Game ni pulak utk mereka yg x suka penat sangat. Tempat boling ni dekat je dgn tempat laser Quest...sebelah je. So,kalau x puas main laser quest leh terus sambung main boling dagn snooker lak.








6) MENEMBAK

Game ni x ramai yang join sebab......ntah la. Hehe,mungkin sebab kene bayar lebih kot. Klau nk main gamze ni kene register dgn universiti dulu. Kos dlm 40 euro klau x silap utk setahun. Sapa yg handal n suka menembak tu leh r join sukan ni.




7) JOGGING

Ada advantage duduk kat toulon sbb kat sini dekat dgn pantai. So,sapa yg suka jogging tu leh r g berlari-lari anak kat tepi pantai sambil menikmati udara segar. tetapi awas! Jaga penglihatan anda!





8) GO KART

Kalau nk main go kart kene amik bas dlm 30 minit sampai la...harga pon biasa2 je..x mahal sgt pun..Game ni sesuai utk mereka yang berjiwa kelajuan!



9) ICE SKATING

Yg ni pon best gak.Harge x mahal sgt. skali main dlm 8 euro je utk sehari. N x jauh sangat dari cité U.





10) LAIN LAIN

Sebenarnya ada banyak lgi sukan lain macam tenis,pentanque,ragbi,skateboard,polis sentri dan bermacam-macam lagi r. Tapi yang 9 sukan kat atas ni leh kata sukan teras budak2 toulon r kot. hehe.

Ok,dah setel kot nak citer pasal sukan kat toulon ni...Kite bertemu lagi di post yg lain.Klau ada sebarang pertanyaan tanye je senior2 toulon kat fb ke atau email. Kami sedie melayan kerenah anda.

MAJULAH SUKAN UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA!

Asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Thursday, March 3, 2011

Interview...yesss pg interview..


Salam et Bonjour..

Ape kabor sumer...sori lame x updated blog ni..lebey kurang 2 ke 3 minggu rasenyer la kan hehehe tapi dalam ruangan MUHASABAH aku ader updated skit..okay berbalik kepada interview, sesuai ngan tajuk besar kiter..aku dengar korang akan di interview untuk kemasukan di IUT bulan April ni right..so kepada yg mengpost mintak info dr aku kat sini aku akan bg tau skit la hehehe dan thanks kepada yg mintak tu..sebab aku pon bukan bnyak idea nak menulis ni ye dak... hahaha so korang jgn segan-segan silu nak mintak information kat aku ek..skype or YM boley jer..

Ok kat sini aku nak bg tau skit pasal korang nyer interview berdasarkan aku nyer pengalaman dulu, bende pertama yg korang nak tau mesti la soklan cepu emas yer tak..soklan aper yg kuar? ape yg juri tanyer dan sbgnyer la kan..

1. First skali lepas korang duduk jer dia akan tanya pasal diri korang, so korang explain la pasal diri korang, nama, umur, dah kawin ke belum, duduk maner, lahir kat maner dan mcm2 lagik la korang bebelkan yerkk hehehe

2. Lepas tu diorang akan ditanyer plak tempat maner yg korang nak pilih Aix atau Toulon?..yg nice ngan Toulouse x ley wat per la ek x der pilihan lain dah hehehe

3. Soklan yg ke-3 ni biase related ngan no. 2 , sebab aper pilih tempat Aix or Toulon...So kat sini korang bahaskanlah ape
yg patut yg istimewa korang ngan tempat yg nak dipilih...korang ceritalah yg korang minat gilerr tempat tu ker...minat cara belajar ker...suasana dia ker...dan mcm2 lagik la korang merapu kat penemuduga tu nanti tehehehe

4. Lepas tu plak penemuduga akan bagi korang satu karangan, agak panjang skit la...time2 korang tgh bace tu dia akan rampas kertas n dia suruh explain ape yg korg paham dr karangan tu..so korang terangkanlah ape yg korang tau hehehe

5. Soklan tambahan yg biase aku pernah kene la...hehe diorang akan tanya..kenapa nak blaja kat France..lepas blaja nak w
at ape?..n perancangan anda dalam 5 tahun akan datang?..so korang prepare2 la diri korang..ape yg korang rancangkan ye dak hehehe

Itula soklan formal yg penemuduga akan tanyer..lagik satu korang be prepared untuk dessin/drawing...nanti korang dikehendaki melukis drawing x silap aku..biase pandangan kiri kanan atas bawah jer kire sudut pandangan ketiga hehe

Soklan2 kat atas ni kadang2 penemuduga x susun tau dia tanyer..kadang2 ikut dan dia jer nak tanyer hehehe




Kat sini aku bg skit tips2 la untuk korang nak menghadapi interview:

Baju: biase la mesti baju formal ye tak..
Penampilan/perhiasan diri:bagi pompuan x yah nak makeup tebal2..better biase2 jer or normal..dan minyak wangi jgn pakai banyak2 takut mengganggu penemuduga hehehe jgn nak pakai perhiasan berlebihan plak mcm gelang ker hape ke banyak2 nanti mengganggu plak hehehe
Persiapan:korang prepare la..jgn gugup plak..better tido awal untuk hadapi hari esok hehe
Mase ditemuduga:jawab ngan yakin dan jelas..jgn cakap gelojoh atau laju..cakap rilek2 sudah kan2...jangan makan gula2 atau chewing gum mase ditemuduga yerrr hahaha

Itu la sikit info dari aku..kalo ader silap ker..soklan x sama ditanya ker sori la yer...maner tau soklan dah ditukar ker hehehe

Bonne Courage a Tous et Bien Venue a Toulon hehehe

Sunday, January 23, 2011

Information tentang VISA ngan PASSPORT


Salam et bonjour..
Sori lame aku x updated blog ni busy skett..aku dgr2 korang skang tgah sibuk nak wat passport hehehe amacam ok..ni aku nak kongsi skett la..pasal wat passport..aku wat sendiri jer..rege dia mase aku wat dalam RM350..tu dulu la aku buat mase 2007..skang x tau la brape..tapi korang standby la..gambar mcm biase pg kedai gambar cakap nak tangkap gambar saiz passport..diorang tau la nak wat mcm ner..kalo korg malas korang pegi jela kat pejabat imigresen tu..ade mesin tgkap gambar..rase2 aku mahal skit kot...haaa tu la skit information aku..upsss ader skit lagi..kalo korang nak murah...mintak surat dr madame asma yg korang student lagik n korang akan dpt diskaun khas student so murah kot regenyer hehehe...lagi satu korang kene isi borang mase kat imigresen tu..lepas tu siap..x lame ley siap 1 hari jer...so jgn risau laa hahaha

VISA
Pasal visa lak..ni pengalaman aku la..Document...biase document Kak lin akan siapkan..so jgn risau...Document yang aku ingat hehehe mcm kat bawah ni:

1. Visa de long sejour-Demande d'attestation de OFII (ni korang kene isi..nanti madam asma akan bg korang).
2. Gambar latar belakang putih 32mmX20mm (kalo boley korang bawak borang pg kedai skali cakap nak gambar muat-muat kotak..aku aritu pegi kedai fujifilm kat seksyen 15 dekat jer ngan roundbout tu haha)
3. Document-document lain biase Kak lin or Madam Asma akan siapkan..korang maybe kene photostat document tu untuk security..ok
4. Pasport of course kene bawak hehe

So ni plak mase nak pg Embassy France untuk nengok apply visa korang..
- Biasenyer korang akan bertolak pagi sebab ader budak yg rendez-vous pagi..
- Kenderaan biase la van MFI or bas kalo ramai sgt la yg rendez-vous nyer..biase van jerk haha
- Sampai2 korang memang x ley masuk Embassy..dia ikut mase yg tertera kat borang korang..
- Mase biase selang 30 minit start biase la kol 8 x silap aku..yg bukan rendez-vous kol 8 kene lepak luar(pegi la sarapan dulu kat maner2 haha pandai2 la yer)
- Biler masuk jer sumer barang kene tinggal kat pondok pengawal termasukla HP korang yg canggih2 hehehe (korang ikut jer cakap pengawal tu..)
- Kat dalam plak dia akan panggil korang ni..dia akan check korang nyer borang n kene scan satu-satu jari korang (x silap aku la)
- Lepas tu korang akan ditangkap...Ditangkap?? ditangkap gambar hehe (so better pakai formal la..) yg bertudung i am sori rase2 dia suruh bukak..kalo dia baik alhamdulillah x yah bukak huhu aritu perempuan yg handle so ok la org x nampak..
- Lepas tu korang ley lepak kat luar tggu van n balik..weeee

Itula sikit info dari aku ni...kalo silap sori la..maner tau aku luper ker or dah tukar sistem lain ker..anyway kalo ader ape2 soklan ley komen kat sini ek..aku ley la tolong skit-skit hehehehe

Ni contoh visa korang akan dapat sebelum fly nanti lerrr oraisss trimasss..


Tuesday, January 4, 2011

Parce Que La Garde


Assalamualaikum w.b.t et bonjour...


Bismillah sebagai pembuka kata.

Haish, 1st time nk rc tulis blog, kekok rc nyer.. Tp nk try la jgk perasaan ad blog ni, hihihi.. Internet yg murah dan laju ni lagi menggamit rasa nk menulis dan mem-post..

Bref, dah tibe masenyer.. Mggu ni ad bnyk exam, haish, dugaan btol kalo nk berjaya ni.. Xpe2, dugaaaaaaaannnnnnn.. Tp bile dah sehari menyuntuk stadi, otak pun menjerit nk udara luar..

Ok, jom keluar jalan2 makan angin n minum udara.. Alhamdulillah, nasib baik kat keliling bilik aku ni ( dikenali sbg studio dlm français ) ad semua diperlukan tok aku hidup sbg stdent. Opps, sblm terlupa, ni information penting ; nama u ni mmg Univ Sud Toulon, tp ia terletak kat La Garde, 1 komuniti kecik, tp serba lengkap..


Atas ni kat center of la garde, +- 15minit dr bilik. Ha, tp ni br je sikit.. Kat centre ni, kedai makan halal, bank, dobi, pasar setiap ari selasa, jumaat n sabtu pagi, n serba macam lagi la. Alhamdulillah, senang nk buat ape2. Bas pun bnyk kat cni, ponctuel plak tu..

Ok, mai kte mem-petit kan scale kte.. +- 5 minit jalan kaki, depan U, ad pusat tumpuan nk shopping, haha.. 2 major building, Grand VAR dan Grand VAR EAST ( "agak2" macam ALAMANDA ). Kedai sukan, elektrik, baju, CARREFOUR, semua dalam tu.. Kat keliling, ad IKEA, futsal, bowling.. Kedai makanan Asia pun dekat, xla kempunan nk mkn malaysian style, hahaha.. XD

Last but not least, jgn lupe yer, lain kali nk citer pasal real punyer TOULON VILLE..

Assalamualaikum w.b.t et au revoir.. ^^,

p/s ; n'hesitez pas s'il y des question..

WORLD LEAGUES